Wednesday, March 7, 2012

SABAR 1



SABAR ITU HASILNYA MUTIARA

Mudah untuk berbicara namun sukar untuk berbuat. Itulah manusia yang sering dalam kekeluhan. Dalam satu hadith riwayat Imam Muslim, Nabi s.a.w. bersabda : “Kebersihan sebahagian daripada iman. Ucapan Hamdalah akan memenuhi timbangan. Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi segala yang ada di langit dan di bumi. Solat itu cahaya. Sedekah itu bukti keimanan. SABAR itu sinar. Al-quran itu hujah bagimu atau ke atasmu. Setiap manusia itu menjadi pembeli jiwanya sendiri sama ada dia mengekalkannya atau memusnahkannya.”

Itulah kekuatan sabar,ia mampu menjadi sinar kepada kehidupan. Namun, ramai yang alpa,terburu-buru memikirkan sesuatu tanpa disulamkan dengan keindahan sabar itu. Sabar mampu menerangi kegelapan dalam perjalanan kita menuju keimanan dan ketaqwaan. Sabar juga mampu menyinar peribadi dengan akhlak yang terpuji dan mulia. Kesabaran itu perlu dipupuk dan bisa diuji. Latihan demi latihan,perlu diselaraskan untuk membuahkan hasil yang baik. Begitu juga dengan latihan kesabaran. Usaha,usaha, dan terus berusaha. Sabarlah dalam menerima teguran kerana kita tidak tahu kebarangkalian yang datang. Sabarlah dalam meniti ujian kerana kita tidak tahu akan kemanisan di hadapan. Sabarlah dalam beribadah kerana kita tidak tahu nilaian yang diberikan. Sabarlah dalam menuntut ilmu kerana kita tidak tahu seberapa besar pahala yang bakal kita kumpulkan. Sabarlah dari berbuat maksiat kerana kita tidak tahu ganjaran indah dari-Nya.

Nabi s.a.w. bersabda: “ Setiap kebaikan yang ada pada diriku tidaklah aku sembunyikan daripada kamu. Sesungguhnya sesiapa yang meminta dibantu akan dibantu Allah. Sesiapa yang sedaya upaya cuba bersabar akan diberikan kesabaran oleh Allah. Siapa yang meminta dikayakan dengan kebaikan Allah pasti akan tunaikan. Tiada sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas manfaatnya melainkan dari dikurniakan kesabaran. ”

Inilah yang kita mahukan. Sesiapa yang cuba untuk bersabar, pasti bantuan Allah mengiringi. Ingatlah! Keinginan bisa mencetuskan tindakan. Milikilah kesabaran itu walau sepahit hempedu namun hasilnya amat manis untuk dirasai. Bijak mengatur langkah,pandai mengatur strategi. Ayuh! Fastaqim dan bersabarlah.. ;-> SEMANGAT !!!


MULIA BERKAT KESABARAN ;

1.     Bersabar dalam menerima pujian



Maksudnya: “Jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan. Jangan engkau menyagka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka beroleh azab yang pedih.” (surah Ali ‘Imran:188)



2.      Bersabar dalam berkata-kata



Maksudnya: “(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah Maha Kaya lagi Maha Penyabar. ”(surah al-Baqarah:263)



3.       Bersabar dalam berbuat baik



Maksudnya: “ Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik.” (surah al-Ra’d:22)



4.      Bersabar dalam menurut hawa nafsu



Maksudnya: “ Dijadikan indah pada pandangan manusia kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta benda yang bertompok-tompok, dari emas dan perak; kuda pilihan dan binatang-binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat yang sebaik-baiknya(syurga).” (surah Ali ‘Imran:14)



5.       Bersabar dalam memegang amanah



Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hokum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.” (surah an-Nisa’:58)



6.      Bersabar dalam bermasyarakat



Maksudnya: “ Dan janganlah  kamu menjadi seperti oarng yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan riya’ kepada orang ramai serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Anfal:47)



7.     Bersabar dalam tipu daya dunia



Maksudnya: “ Syaitan sentiasa memberikan janji-janji serta angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan olah syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.” (surah an-Nisa’:120)

No comments:

Post a Comment