Thursday, December 1, 2011

CINTA-NYA VS. CINTANYA: SIRI 2


Dengan nama-Mu Ya Allah,aku berpena..

Dengan nama-Mu Ya Allah,aku berbicara..

Dengan nama-Mu Ya Allah,aku melangkah..

Ku pohon bersama redha-Mu di dalam karya ku ini.............
Tidak ku pandai bermain kata tanpa izin-Mu..
Ku pohon petunjuk dari hasil dari insan yang hina..


 
Hakikat insani ;

Fiman Allah SWT: “ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan).” (Q90:10)

Ditanya tentang cinta,macam-macam jawapannya. Tetapi saudara saudari sedar atau tidak,bahawa cinta juga perlukan arah tuju. Meaning that, tiap insan itu perlu ada tujuan mengapa mereka mencintai,dicintai dan so on.Tujuan adalah pelengkap pada kesempurnaan cinta tersebut. Kali ini saya nak berbicara tentang cinta manusia,walaupun bukan saya yang selayaknya membicarakan kerana saya belum mengalami alam berumahtangga ;-) izinkan saya………………..

Terkadang, dengan penjagaan yang rapi juga,cinta manusia tetap akan mengundang kekecewaan. Mengapa? Kerana cinta mereka tidak kekal,tidak tetap. Kalau kita buat lab report,cinta manusia ni tergolong di bawah manipulated variable. Begitulah umpamanya,atau senang kata,elemen yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan,masa dan tempat ;-)

Bagaimana untuk kita mengatasi kekecewaan itu?

Senang sahaja,jangan pernah kita merasa yang kita ini memiliki atau dimiliki. Mudah bukan? Letakkan hak cinta itu pada tempatnya yang betul dan tepat. Contohnya, cinta ibu bapa kepada sang anak, cinta suami kepada isterinya dan sebaliknya,begitu juga cinta sang hamba kepada Penciptanya. Jika terasa diri ini telah terarah kepada cinta larangan,maka hindarilah ia dengan lembut dan penuh taktik ;-). Yang sudah terjatuh,bangkitlah dan atasi dengan kebijaksanaan yang Allah berikan kepada kita. Satu nikmat yang tiada tandingnya,syukurilah ia dengan cara sewajarnya. Katakan pada hati,pujuklah ia,jangan dibiar rajuk. Jika segala-galanya wajar dan dapat diatasi, why not usahakan ke tahap yang seterusnya. Tetapi jika halangan itu melebihi segalanya,maka hendaklah kamu semua BERMUJAHADAH,BERPUASA DAN TERUSKAN BERDOA



Firman Allah SWT: “ Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian (dirinya),sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya.” (Q24:33)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  “Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Bermunajatlah kepada-Nya yang Maha Mengetahui segala isi alam ini,bahkan  yang tersembunyi di hati kita. Subhanaallah. InsyaAllah,yakinlah bahawa Kalam-Nya itu sentiasa benar. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan sebaliknya. 

Firman Allah SWT: “ Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempaun-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).” (Q24:26)

Usah bersemangat mencari yang soleh,solehah tetapi jadikan dirimu soleh dan solehah yang utama.  Allah Maha Pengasih,memberi setimpal dengan apa yang kamu usahakan. Nah,jangan persiakan usahamu wahai sahabat sekalian. Tentu sahaja proses kematangan yang diperlukan untuk membina asas Baitul Muslim. Dengan apa? Semestinya dengan  ilmu yang shohih seiring dengan tarbiyah juga keperluan fizikal,mental dan material. Tundukkan lah nafsumu,biar akalmu yang menjadi nakhoda pengembaraan kehidupanmu.



Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (Q91:9-10)

Rasulullah SAW bersabda: “ Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang telah aku bawa (sampaikan).” (Riwayat al-Hakim (4/164),al-Khatib(4/368) dan Ibn abi Asim no.15)

Apakah yang perlu diutamakan dalam kehidupan kita?


Cintailah cita-cita. Tetapi bagi yang tiada halangan untuk mendirikan rumahtangga,seiringkanlah cita-citamu dengan cintamu. Cita-cita itu dapat diraih dengan kekuasaan dan kekuatan cinta yang luar biasa. Pernah kita terfikir,apakah cita-cita hidup kita? Ya,Mardhotillah itu cita-citanya. Bagaimana? Raihlah cinta-Nya wahai sahabat. 

Firman Allah SWT: “ Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan,yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat,ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azab-Nya (nescaya mereka menyesal).”

Inilah tanda yang sebenar-benarnya terhadap pengabdian kita kepada-Nya. Jangan sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya. Pengabdian merupakan bukti kecintaan kita kepada-Nya,bukti keikhlasan dan ketaatan kita kepada Allah s.w.t. Moga inilah bukti yang paling ternilai yang dapat kita hadiahkan kepada sang Pencipta walaupun hina dan papa pada lahirnya.
Menangislah selagi air mata tidak kering di takungan kelopak mata anda. Pohonlah keampunan,dengan sebenar-benar penyesalan kepada-Nya,atas setiap perlakuan kita,kata-kata kita, dan raihlah cinta-Nya yang hakiki. Jangan jadikan tangisanmu itu tidak bermakna pada waktu yang tidak lagi diterima taubatmu itu. Terimalah cinta hambamu ini Ya Allah……….!

Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.

Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.



1 comment: