Friday, June 24, 2011

~PemErGiaN TeMan~

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemergian itu meninggalkan kesan dalam diri ini
Sesungguhnya Allah masih sayang akan diri ini
Bersyukurlah wahai insan,Allah masih menyayangi dirimu
Dikau masih diberi peluang untuk membersihkan dirimu dari segala dosa-dosamu
Koreksi diri agar lebih beriman,minta agar ditetapkan akidah
Mohon diberi taufiq dan hidayah,moga diri benar-benar di atas landasan yang betul
 TAUBAT,hanya itu yang sering kita sebut namun amat sukar untuk berbuat
Hanya tahu melontarkan kata-kata manis untuk dipersembahkan
 Tapi hasilnya tidak kelihatan
Wahai diri! kau tidak tahu berapa lama lagi nadimu berdenyut
Berapa saat lagi kamu akan dapat bernafas
Ayuh! segerakan bertaubat
Lihat ke hadapan,sejarah dijadikan pedoman
Yang baik diatur menjadi lebih baik
Yang kurang baik,dikemaskini agar dapat menjadi baik
Agar kita tidak silap lagi dalam melangkah menuju MARDHATILLAH
Buat sahabatku yang kukasihi,ku doakan agar dirimu sentiasa dalam rahmat-Nya
Moga diperkenankan

Hadirmu memberi seribu erti pada diriku
Namun pemergianmu lagi bermakna dalam kamus perjuangan hidupku

Kau memanusiakan aku di kala aku sering tersungkur
Kau mengajarkan ku erti kehidupan di kala aku memerlukan
Tapi khilafku padamu amat keterlaluan
Maafkan aku duhai sahabat
Mungkin aku tidak layak lagi digelar sahabat bagimu


Andai masa boleh diputar pasti aku akan memperbetulkan segala yang silap

Andai masa boleh dikembalikan pasti aku akan menjaga tingkahku

Namun dayaku terbatas,kerana Kudrat-Nya lebih menguasai

Kerana Dia adalah MAHA KUASA Allah yang mentadbir sekalian alam

Selamat tinggal duhai SAHABAT...

Aku merindui saat pemergianmu,namun aku redha dengan ketentuan-Nya


Saturday, June 18, 2011

19.6.2011


Dengan nama-Mu ku berbicara
Dengan izin-Mu aku berkata-kata

Perpisahan
Perpisahan ini membuka mataku
Perpisahan ini benar-benar merelakan
Perpisahan ini membuktikan kata cintaku

Benar
Segala yang berlaku adalah atas izin-Nya
Kerana aku tak berdaya menguasai segala
Mungkin juga persiapan diriku kini sudah lengkap
Aku tak kan menoleh ke belakang lagi
Sejarah silam cukup mendidik ku erti kecelaruan
Persediaan ku kini benar-benar mantap barangkali
Kerana aku sudah menerima kenyataan bahawa aku akan berpisah dengannya
Dengan seorang SAHABAT...
yang banyak mengajarku erti sabar
yang sudi menjadi tempat aku meluahkan kesedihan
SAHABATKU ini dulunya hanya insan biasa
tapi kini,dia benar-benar bermakna dalam hidupku
curahan nasihat yang tidak pernah henti benar-benar meninggalkan kesan yang takkan terpadam dalam memori ingatanku
SAHABATKU ini sering menjadi sumber kekuatan di kala aku rasa keterasingan
Dia juga menjadi sumber inspirasi buat diriku
Hari ini hakikat itu benar-benar menyapa
kerana aku telah bersedia
Aku tidak mengiringi pemergiannya dengan tangisan kesedihan
tetapi aku mengiringi pemergiannya dengan tangisan kegembiraan
Gembira diriku kerana SAHABATKU ini akan menjadi lagi hebat
dengan izin-Nya,insya-Allah..

Aku akan sentiasa menanti kepulangannya  di sini
kerana ku yakin dia tidak akan pergi jauh
kerana diri ini milik-Nya
kerana kepada-Nya juga diri ini kembali
jika tiada jodoh di fana ini
barangkali dipertemukan di daerah akhirat sana
amiiiin................




"YA ALLAH,DENGAN IZIN-MU JUA,LINDUNGILAH SAHABATKU INI KERANA KASIHKU PADANYA. TETAPI JANGAN KAU BIARKAN AKU MENGASIHINYA LEBIH DARI AKU MENGASIHI-MU YA ALLAH KERANA DENGAN KUDRAT-MU JUA KASIHKU PADANYA AKAN TERBATAS. YA ALLAH,AKU YAKIN DENGAN  PERLINDUNGAN-MU,MAKA KAU LINDUNGILAH SAHABATKU INI DENGAN AGAMA-MU,IMAN MENJADI PERISAI HIDUPNYA DAN CAHAYA KEBENARAN SERING MENJADI PENYULUH HIDUPNYA. YA ALLAH,AKU SANGAT YAKIN PADA KETENTUAN-MU YA ALLAH,JIKA INI ADALAH BAIK UNTUK DIRIKU DAN DIRI SAHABATKU,MAKA KU MOHON KEREDHAAN-MU. JIKA APA YANG TERJADI DAN BAKAL TERJADI ADALAH SATU KEBURUKAN PADA KAMI,MAKA TENTUKANLAH APA YANG TERBAIK BAGI KAMI. REDHA-MU DAN KEAMPUNAN-MU YANG MENJADI SASARAN UTAMA KAMI. AMIIN"


Friday, June 10, 2011

* InSaf sAhabaT *

Bismillah...

Merenung sejenak
Tahap keimanan diri
Kian mundur
Di mana silapnya?

Aku semakin tewas
Tenggelam dek kelalaian duniawi
Putus asa
Terkapai-kapai meminta bantuan
Namun diri semakin dikejauhan

Seorang sahabat menyapa hatiku saat aku kebuntuan
" Agama itu adalah segalanya. Tiada yang dapat mengaburi selainnnya. Peliharalah agama nescaya,agama membendungmu dengan izin-Nya,kerana agama Islam agama Allah. Dan Allah redha dengannya. "

Hatiku terpukul
Seperti baru diserang halilintar
Dia terus berbicara
" Jangan hanyut dek dunia yang penuh kelalaian dan tipu daya. Masyarakat kini semakin teruk dan amat memerlukan orang seperti kita untuk membangkitkan semula sinar Islam itu. Ana sayang anti kerana agama-Nya"

Terharu, tatkala itu mataku berkaca
Air jernih mula menitis di pipiku
Aku terdiam
Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan aku dengari
" Ana cuma mampu memberi nasihat,terpulang pada diri anti untuk melaksanakan atau tidak. Tanggungjawab ana sekurangnya telah lepas sedikit,hanya menanti pengharapan yang anti boleh berubah. Berubah kerana-Nya untuk merubah dunia. Insyaallah. Ana percaya anti boleh lakukan. Ini untuk kemaslahatan umat. Jagalah hubungan terpenting sekali, iaitu hubungan dengan Allah. Jangan sesekali berputus dari rahmat-Nya. Dan sering berharap dan berhajat kepada-Nya. (Q30:24) "

Aku makin rancak menangis
Tidak dapat ditahan
Deras
Dia menyambung kalamnya tanpa menghiraukan aku disisi.
Inilah satu titik yang benar-benar membangkitkan aku dari lena yang panjang.
" Sahabat,ingatlah tujuan kita di dunia ini. Kita hanya sementara. Muhasabah selalu agar kita tidak leka dengan fantasi. Di mana keyakinan kita pada-Nya? Ingat! Hanya Allah yang boleh membantu kita dengan izin pertolongan-Nya. (Q 2:44, 61:2-3, 8:62). Kembali kepada panduan hidup kita ya ukhti,Al-quran sering dijunjung. Jadikan ia sebagai pedoman di dalam hati untuk panduan jalan kehidupan ini. Jangan hanya mengetahui tapi disimpan sampai terkubur,tidak dipraktikkan. Bahaya tu. Ingat ancaman-Nya kepada kita sebagai golongan yang mengetahui. (Q61:2-3) "

Aku tidak dapat berbicara
Lidahku kelu
Jauh di sudut hatiku,ingin aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.
Namun,dia masih rancak meninggalkan amanatnya kepadaku.
" Kita kena berusaha,jaga iman,jaga hubungan dengan-Nya,tak berbuat dosa lagi kepada-Nya. Dengan kata lain,usaha hingga capai tahap taubat nasuha. Usaha itu penting,tapi jangan mudah untuk rebah. Tarbiyah diri kita ini hingga nafsu yang tunduk pada dalil. Ana doakan agar kita semua dalam peliharaan dan jagaan-Nya. Ana sentiasa mendoakan yang terbaik buat anti,sahabat yang ana sayangi. "

Aku merenung kembali
Sisa baki bersamanya,sayu aku mengenangkan masa itu
Lemah dan tak bermaya
Namun Kuasa-Nya mengatasi segala yang ada
Redha terhadap keputusan-Nya
aku sayanginya
aku merinduinya
Namun kasih sayang-Nya lebih membatasi segala sesuatu

Secebis doanya untuk ku renungi dan amalkan;
" Ya Allah, aku malu memohon taubat pada-Mu Ya Tuhanku!
   Kerapkali ku bertaubat, tetap juga ku ulangi dosaku bahkan melakukan dosa yang lain.
   Ya Allah, jangan Kau izinkan dosa-dosa ku menutup segala kebaikan untukku Ya Rabb..ampunilah
   hambaMu yang sering tewas dengan nafsu dan syaitan laknatullah yang menyesatkan "

Ingin ku coretkan ucapan kemaafan dan terima kasih kepada sahabatku yang banyak membantu dalam memotivasikan aku. Aku kini menyayanginya melebihi diriku kerana dia seorang SAHABAT. Ku nukilkan coretan ini sebagai kenangan aku dengannya. Aku tidak ingin berpisah dengannya kerana dia SAHABATKU. "Ya Allah,lindungilah dia(sahabatku) untukku kerana aku ingin dia bersama mengecapi kebahagiaan kerana agama-Mu"

~SerAnGan PeMikiRaN~

Dengan Kalam-Nya aku berbicara..
Dengan izin-Nya aku mencoretkan sedikit pengetahuanku..

Dunia kini ditenggelami dengan musuh kebencian
Hidup kini tidak lagi telus dengan kejujuran
Serangan pemikiran seringkali menerewang menerjah ke minda
Ingatlah kemenangan Islam bergantung kepada KUALITI IMAN
Yang dapat menangkis segala anasir yang menyerang
Penjajahan minda makin giat terlaksana
Misi utama adalah untuk menjauhkan nilai-nilai keislaman dalam diri
Menjauhkan hubungan dengan Maha Pencipta
Merosakkan moral lantas melahirkan generasi penjajah

Bagaimana?
Bagaimana kita diserang? Tanpa disedari..
Pertama, merosakkan akhlak

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadian)-Nya dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklahkamu kepadanya dengan bersujud(penghormatan)." (Q15:29)

Peringatan telah diberi
Bahawa banyaknya kesilapan adalah kerana kata-kata (lidah)
Nabi diutus untuk memulihkan akhlak umat
Adakah kita ingat akan semua ini?

Peliharalah akhlakmu dengan menjaga lisanmu (kata-kata)
Perbanyakkan zikir
Hindarkan sia-sia
Hiasi mahmudah
Jauhi prasangka

Kedua,pemikiran kita ditusuk
Ditusuk sehingga hancur
Taghut menjadi tuhan

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (Q45:23)

Ketiga,peribadi Islam tidak lagi menjadi acuan hidup
Hilang segala tatatertib budaya Islam yang  murni
Tiada lagi sinar kejayaan Islam di mata dunia

Keempat,keluarnya diri daripada kepompong Islam (murtad)
Hilangnya jati diri
Panduan terkubur
Tiada sinar
Inilah yang bakal terjadi sekiranya kita tunduk pada 'serangan minda'..

Bukan setakat itu yang bakal kita hadapi
Namun wasilah yang dipelopori bakal meragut maruah agama kita
Agama ISLAM
Sudah lali dengan dunia hiburan,itulah peranan MEDIA
Menyebarkan semburan HIDONISME
Menyatukan minda SEKULARISME
Sistem PENDIDIKAN DAN PENGETAHUAN dimanipulasi
Kecelaruan pemikiran membatasi ilmu
Tafsiran yang keliru menjadi panduan
Kesesatan menjadi petunjuk jalan
Merentasi era KEBUDAYAAN yang semakin maju
Moden menjadi tunggak pembaharuan
Hilang jati diri yang menjadi tembok kekuatan
Budaya ikutan semakin galak menular

Dunia
Dunia kini tidak selamat untuk dihuni
Maralah wahai PEJUANG
Bentuklah zaman revolusi yang mengembalikan KEGEMILANGAN ISLAM di mata dunia
Ayuh,bersegeralah menuju ke medan 'peperangan'
bantuan kita amat diperlukan
AYUH,SELAMATKAN DUNIA!

Tuesday, June 7, 2011

tewas aku di jalan ini

Bismillahirrahmanirrahim..

Perjalanan ini memungkinkan aku terus berdiri dari hari ke hari. Meniti saban waktu yang penuh ranjau berduri. Kehidupan ibarat roda yang berpusing tanpa henti. Kejayaan dan kekalahan seringkali dimiliki. Aku tegak diam berdiri. Mematikan langkahku di tengah keramaian. Mencari punca. Arus waktu kian deras meninggalkan aku, terkapai-kapai kebingungan. Bising. Suara itu bising kedengaran. Aku takut,menggigil di jalan itu. Jeritan kecil minta didengari namun tiada siapa yang mendengari. Aku tewas.......tewas di jalan ini. Mungkinkah aku terus jatuh terbungkam ke bumi tanpa bantuan yang memungkinkan aku terus teguh di jalan ini? " Ya Allah, Ya Ilahi, hamba-Mu ini minta simpati. Berikan aku sedikit ruang kesempatan ini untuk aku menuju redha-Mu. Sebelum langkahku kaku,terhenti dan tiada daya untuk aku meneruskan langkah ini,izinkan aku mencari sekuntum Maghfirah-Mu. Redhakan aku dengan taubat ini. Kukuhkan aku di langkah ini. amiin"

Sekadar coretan hati untuk direnungi. ;-)

terangi hidup dengan nasihat

Bismillahirrahmanirrahim..

Perkongsian ini sekadar memberi ruangan kepada sahabat2 ana yg dahagakan ilmu semasa meniti jalan yg penuh dengan duri2 cabaran kehidupan. Moga bersama peroleh manfaat dan menjadi dorongan kepada para pendakwah,wallahu'alam.

Persepsi mengatakan bahawa nasihat merupakan segala sesuatu yg mempunyai kebaikan dan memperoleh manfaat darinya. Ini mencakupi kebaikan di dunia dan di akhirat. Sering kita mendengar bait kata2 ini, ' agama itu nasihat', ini bermaksud nasihat merupakan tiang dan penyokong agama. Menurut Imam An-Nawawi, nasihat adalah seseorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam.

Hadis ke-7 daripada hadis 40 IMAM AN-NAWAWI:

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayah Tamim bin Aus al-Dariy r.a., bahawa sesungguhnya Nabi  SAW bersabda:
"Agama itu nasihat. Kami bertanya: 'Untuk siapa?' Baginda menjawab: 'Untuk Allah, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya.'"
( Riwayat Ahmad no.16982, Muslim no.55, Abu Daud no.4944 )

Jadi,suka saya menyeru kepada sahabat2 saya di luar sana mahupun yg berada di sekeliling saya,ayuh kita bersama membudayakan amalan memberi nasihat. Nasihat secara berhikmah kelak mudah diterima orang. Namun,harus diperingat,berada di atas jalan dakwah bukan seindah fantasi yg memungkinkan kita berada di tahap zon selesa kerana jalan dakwah merupakan satu perjalanan yg menuju ke destinasi abadi. Jalan dakwah juga memungkinkan kita sentiasa berhadapan dengan ranjau penderitaan disebabkan luka yg kita perolehi daripada duri2 kehidupan.

Wallahu'alam,sekadar sedikit perkongsian yg bolek dinukilkan,moga memberi manfaat pada yang memerlukan. ;-)