Friday, March 25, 2011

ukhuwwah

Dengan lafaz kalam Bismillahirrahmanirrahim,saya memulakan jalan penaku dengan merungkai serba sedikit tentang ukhuwwah. Ini adalah sebahagian daripada hasil pembacaan saya sepanjang minggu ini.

Di dalam kitab 'JALAN DA'WAH',saya ingin berkogsi sebahagian perkara-perkara dan adab-adab pemimpin serta pengikut. Tetapi saya hanya ingin berbicara berkenaan topik ini di bawah tajuk Kasih Mengasihi dan Perasaan Persaudaraan. Hendaklah mereka itu berkasih sayang kerana Allah. Ia adalah suatu kewajipan. Menyayangi saudara Islam menurut umumnya,dan menyayangi pemimpin dan pengikutnya secara khususnya. Ini merupakan antara ciri para da'i. Persaudaraan merupakan asa agama dan dasar kerja jama'ah. Menurutnya lagi,tingkatan persaudaraan itu ada 2 tingkatan: hendaklah berlapang dada terhadap saudaranya itu yang merupakan tingkatan paling rendah bagi rukun ukhwah,dan tingkatan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain dari sendiri(ithar). Keberhasilan ukhwah itu akan membuahkan kerjasama untuk kebaikan da'wah dan kepercayaan yang kuat dan kukuh sesama saudara. Bahayanya persaudaraan itu jika terdapat virus perpecahan dan perselisihan faham dalam kalangan ahli saudara. Selain itu,menjadi kewajipan kita untuk menyempurnakan kasih sayang dan persaudaraan Islam dan menyuburkan ikatan persaudaraan. Rasulullah ada menyarankan beberapa kaedah untuk menyemarakkan lagi ikatan tali persaudaraan itu,antaranya: menyebarkan salam,bercakap perkataan baik,bermanis muka,bertukar hadiah,ziarah,berlapang dada,suka memberi maaf dan berbuat kebaikan,dan tidak membenarkan syaitan untuk menimbulkan perselisihan serta mengubah jiwa daripada dikuasai oleh sangkaan buruk dan mencela. Seperti terdapat dalam al-Quran,"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku,"Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik(benar). Sungguh,syaitan itu selalu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sungguh syaitan adalah musuh bagi kamu yang nyata."
Perselisihan itu hendaklah diselesaikan menurut saranan sunnah Rasulullah untuk menghentikannya dan hendaklah berusaha untuk menyatukan pendapat.

Di dalam kitab 'RISALAH TA'ALIM' pula, ukhuwwah itu merupakan rukun ke-9 di dalam rukun Bai'ah. Makna ukhuwwah itu dapat disimpulkan sebagai anugerah Allah dan dikurniakan kepada mereka yang ikhlas,berjiwa bersih dan suci.

" Dan jika mereka menipumu, maka sesungguhnya cukuplah bagi Allah (menjadi pelindung) bagimu. Dialah yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolongan-Nya dan dengan (dukungan) orang-orang mukmin, dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana."
(surah Al-an'am: 62-63)

Menurut ayat ini,sumber kekuatan iamn itu dapat tercetus menjadi suatu momentum kuasa yang besar dengan adanya jiwa yang benar dan mahabbah, kasih sayang dan hormat,saling mempercayai,mempunyai ikatan akidah tauhid,manhaj Islam sebagai panduan,tolong-menolong,ithar,belas kasihan,kemaafan dan toleransi.

Saya tertarik pada kata-kata ini,"Tiada ukhuwwah tanpa iman (49:10), tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah, sepertimana tidak ada persahabatan tanpa taqwa (43:67), dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan.

Sabda Nabi: " Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman: Allah dan Rasul lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka." (riwayat Muslim dan Bukhari)

Berbicara soal kedudukan rukun ukhuwwah, ayat al-Quran menjadi sumber utama rujukan. Ayat ke-29 di dalam surah al-Fath,menerangkan bahawa Allah memuliakan mereka yang bertegas dengan kuffar walaupun terdiri daripada kaum kerabat sendiri. Berkasih sayang sesama muslim merupakan ukhuwwah yang hak dan ukhuwwah kerana agama.Sabda Nabi: "Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda. Demi Allah muka-muka mereka adalah "cahaya" dan mereka adalah di atas "cahaya". Mereka tidak takut meskipun orang lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. (10:62)" (riwayat Ahmad)

Ukhuwwah Islamiyah merupakan teras jemaah Al-Ikhwan.Menurut Imam Hasan Al-Banna,rukun ukhuwwah merupakan rukun jihad. Oleh itu, kita hendaklah bersegera mensejahterakan jiwa,bermujahadah sampai ke tahap ithar, dan elakkan tergelincir dari rukun ukhuwwah kerana boleh mengakibatkan perpecahan,(8:46)

Akhir kalam, pesanan Imam Hasan Al-Banna boleh dijadikan sebagai pegangan untuk memperkukuhkan lagi asas tali persaudaraan Islam," Berkasih sayanglah antara kamu sama lain,berusahalah ke arah ikatan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membukakan pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak,sesungguhnya Allah Maha Pembuka."

Wallahu'alam............
p/s:Minta diulas sebarang kesalahan atau pandangan serta cadangan berkaitan dengan ulasan ini..