Tuesday, January 25, 2011

~limpahan ujian~

Dengan rahmat-Mu Ya Allah..hamba-Mu ingin memulakan kalamnya..moga bermanfaat pada semua..amiin

Hari ini diuji dengan kesakitan. Namun Allah itu kan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Ujian untuk menyedarkan. Sedih. Perlu tetapi jangan sampai memudaratkan. Biarlah tangisan ini,tangisan yang betul-betul membawa kepada pembaharuan dalam diri. Menjadi iktibar pada masa akan datang. Menjadi panduan untuk mengejar cinta-Nya. Menjadi karangan aturan kehidupan. Menjadi tetapan haluan sebuah kehidupan.

Ya Allah, aku merintih dengan segenap jiwaku. Aku memohon dengan sepenuh jiwaku. Di manakah akan dipertemukan aku dengan-Mu,Ya Allah. Khilafku tidak terhitung, Adakah akan ada maghfirah-Mu untuk diriku ini? Ya Allah,aku mohon limpahan hidayah-Mu untuk jalan kebenaran. Hindarkan aku dari berpatah balik ke jalan kesesatan. Hindarkan aku dari kejahilan yang telah aku ketahui. Hindarkan aku dari menjadi munafik Ya Allah.

Moga kebenaran menyuluh jalan kehidupanku. Moga hidayah menjadi jalan haluan diriku. Moga keinsafan semakin menebal dalam diri ini. Moga pengajaran menjadi benteng ketelusan daripada maksiat.

Inginku mencari maghfirah-Mu. Inginku mengejar redha-Mu. Inginku mencapai taufik dan hidayah-Mu Ya Allah. Masih adakah ruang buat diriku ini? Aku meletakkan sepenuh kepercayaan pada-Mu Ilahi. Tunjuki aku jalan taubat untuk aku berdampingan dengan-Mu.

Ya Allah,terimalah taubatku......amiin.............................

~cantik~

Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupa,
Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepandaian,
Hati pula apabila berbicara,mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlak peribadi....

Ketahuilah duhai sahabat-sahabatku,kecantikan bukan pada mata kasar.Hakikatnya perlu ditafsir dengan mata hati.Mungkin ada sebilangan sahabat tidak bersetuju dengan pendapat saya,namun ingin saya berkongsi bersama sahabat semua bahawa kecantikan itu merupakan kekemasan yang dianjurkan oleh islam. Menurut saya kekemasan itu pula kebersihan.

Sebak di dada melihat kaum sejenis tidak tahu untuk menghargai diri mereka sendiri. Dibiarkan `kecantikan` mereka semua tersingkap,bagai kain ditiup angin. Menjadi tatapan kaum-kaum yang mempunyai pelbagai tafsiran di minda mereka. Sang idea ligat berbicara,menyusun fakta-fakta yang kurang menyenangkan untuk bertindak sebagai gambaran maya. Sukar ditafsir. Aduh,malang nasibnya!

Alhamdulillah, diri ini masih diberi limpahan nikmat hidayah. Ingin saya berkongsi lagi tentang diskusi saya bersama sahabat saya yang lain. Dia mengatakan lagi indah jika kekemasan itu disulam dengan kekemasan jadual seharian kita untuk menempuhi cabaran-cabaran dunia hari ini. Kadangkala kita ini digelar sebagai seorang mujahid/mujahidah tetapi masa yang kita habiskan itu,lenyap bersama dengan perkara yang tidak bermanfaat. Bukan sahaja memburukkan imej islam bahkan bercanggah dengan perintah Allah s.w.t. di dalam surah al-mukminun,ayat ke-3. Inilah antara pendapatnya mengenai kecantikan. Iaitu kecantikan berdasarkan susun atur sebuah kehidupan sebagai seorang muslim dan mukmin. Wallahu`alam.

Thursday, January 20, 2011

ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA

Hamdalah atas puji-pujian-Nya. Seinfiniti kesyukuran ku sujudkan dikala tangis dan senduku dirisik khabar oleh yang Maha Mendengar. Subhanallah

Medan ujian kali ini,aku berjaya. Bermakna usahaku kena berganda. Apa yang akan harus dan perlu aku lakukan. Ya,matlamat utama adalah niat ikhlas kerana-Nya. Jangan anggap kesibukan sebagai untuk mendapatkan habuan berupa natijah pujian yang berguni tetapi sebagai medan pertempuran ujian-ujian yang bakal kita hadapi. Moga kali ini akan lebih berusaha dengan lebih maju dan mendapat hasil yang lebih memuaskan. Allah melihat ke atas usaha yang dilakukan bukan kepada kejayaan yang kita perolehi. Seimbangkan dunia dan akhirat,Insya-Allah allah bersama-sama kita.